SHAH ALAM 24 Sept. – Rakyat Malaysia
membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari atau
RM90 juta sebulan untuk membeli rokok.

Menyedari fenomena membimbangkan itu,
kerajaan Selangor dan Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR) menganjurkan kempen khusus
sempena bulan Ramadan ini untuk menggalakkan
orang ramai terutama umat Islam berhenti merokok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam
Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, jika
dalam tempoh berpuasa perokok boleh
mendisiplinkan diri tidak merokok, tidak mustahil
untuk mereka terus meninggalkan tabiat yang
bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi juga
pembaziran.

“Saya terkejut apabila angka itu didedahkan oleh
Pengarah HTAR, Dr. Yahya Babai, cuba
bayangkan RM3 juta sehari, kalau didarab sebulan
dah jadi RM90 juta, kalau setahun?” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, memandangkan pada siang hari umat
Islam berpuasa, jadi beliau amat berharap kempen
ini akan berjaya dilaksanakan seterusnya
mengelakkan perbelanjaan merokok di kalangan
masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya
juga telah mengeluarkan surat pekeliling kepada
semua masjid di seluruh negeri agar menjadikan
masjid sebagai kawasan larangan merokok.

Katanya, arahan itu diadakan bertujuan untuk
mewujudkan persekitaran yang lebih sihat
terutamanya di tempat suci seperti masjid yang
mejadi tumpuan orang ramai untuk beribadah.

‘‘Jika pemeriksaan ke masjid-masjid mendapati
ada disediakan tempat abu rokok, tindakan disiplin
akan diambil, kita mahu masjid bebas sepenuhnya
dari kawasan merokok,” katanya.

p/s : sape yg untung bile rakyat beli rokok ar??

Posted by ejai - 28/09/06 - 0 comments

 

disini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 dan sahabat2 dan semua la yg beragama islam.

Posted by ejai - 24/09/06 - 0 comments

 

walaupon ini adalah drp email yang difoward² jek tapi fakta yang cuba disampaikan adalah tepat .. apa ek nak jadi ngan kita?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Pub dan di kelab tak ingat perilaku
jauh sekali nak ingat waktu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu

Posted by ejai - 23/09/06 - 1 comment