kisah orang gila
Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab.Sorang bernama Hanif dan
yang sorang tu bernama Tony.Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan
orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat
di rumah tumpangan itu.Tapi
mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah
khemah manakala Si Tony tak
habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam
kolam….apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang
setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,nasib
baik tak lemas.Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si
Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.
Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan.Kira
pegawai ler tu.Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! !
mula berkata,” Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak.
Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah
dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak
menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang
waras.Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah
membunuh diri.Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam
biliknya dengan lehernya tergantung.
Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, Tidak tuan dia bukan membunuh
diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.
Kisah seorang doktor.
Seorang doktor di sebuah hospital sakit jiwa
berjalan-jalan di sekitar
hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini
merupakan akitiviti
hariannya sepanjang beliau bertugas.
Sambil berjalan beliau terdengar suara orang sedang
menyanyi kalau
tidak
silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah
suara
itu. Setelah puas mencari barulah beliau menyedari
suara itu datang
dari sebuah bilik berhampiran. Ternyatalah yang
menyanyi itu adalah
salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh
perasaan seolah-olah
seorang penyanyi glamour.
Tapi yg hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi
dalam keadaan
terlentang, tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap
pula sambil
menyanyi.
Doktor itu terus bertanya, “Kenapa awak tadi
terlentang, tapi sekarang
meniarap pula?”
Lalu pesakit itu menjawab, “Oooo… tadi Side A. Ini
Side B pulak!”
more to come!! ..
Posted by ejai - 10/09/06 - 0 comments