SHAH ALAM 24 Sept. – Rakyat Malaysia
membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari atau
RM90 juta sebulan untuk membeli rokok.
Menyedari fenomena membimbangkan itu,
kerajaan Selangor dan Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR) menganjurkan kempen khusus
sempena bulan Ramadan ini untuk menggalakkan
orang ramai terutama umat Islam berhenti merokok.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam
Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, jika
dalam tempoh berpuasa perokok boleh
mendisiplinkan diri tidak merokok, tidak mustahil
untuk mereka terus meninggalkan tabiat yang
bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi juga
pembaziran.
“Saya terkejut apabila angka itu didedahkan oleh
Pengarah HTAR, Dr. Yahya Babai, cuba
bayangkan RM3 juta sehari, kalau didarab sebulan
dah jadi RM90 juta, kalau setahun?” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, memandangkan pada siang hari umat
Islam berpuasa, jadi beliau amat berharap kempen
ini akan berjaya dilaksanakan seterusnya
mengelakkan perbelanjaan merokok di kalangan
masyarakat di negara ini.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya
juga telah mengeluarkan surat pekeliling kepada
semua masjid di seluruh negeri agar menjadikan
masjid sebagai kawasan larangan merokok.
Katanya, arahan itu diadakan bertujuan untuk
mewujudkan persekitaran yang lebih sihat
terutamanya di tempat suci seperti masjid yang
mejadi tumpuan orang ramai untuk beribadah.
‘‘Jika pemeriksaan ke masjid-masjid mendapati
ada disediakan tempat abu rokok, tindakan disiplin
akan diambil, kita mahu masjid bebas sepenuhnya
dari kawasan merokok,” katanya.
p/s : sape yg untung bile rakyat beli rokok ar??

