(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala ‘ .
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya ‘ kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
(20) Kembalinya Ayahandaku (Alias Bin Harun / Alias Bin Hasnah) yang tercinta mengadap Illahi.
Al-fatihah untuk kepemergian ayahandaku yang tercinta. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan orang orang yang beriman dan beramal soleh.
Tags: :: life ::, family
Posted by ejai - 13/01/09 - 2 comments
huhu.. kebetulan kan.. al fatihah… moga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Khususon ilaaruhi Alias bin Harun, syai-u lillahi Al-Fatihah”
Aminn ya rabbal a’laminn. Aminn ya Allah.