korang caya tak pada soulmate? heheh .. dulu aku tak caya .. hahah .. aku anggap perkara tu jiwang karat .. ekekekek … tapi tu la, lepas dah terjumpa baru tau. aku dah terjumpa da, nama dia munirah binti mat rani a.k.a muNe muNe. banyak aku belajar dari dia .. dan banyak yang aku pelajari dari pengalaman aku bersama dia dari yang manis, pahit, payau, sejuk, panas dan sebagainya la. tgk kat bawah tu aku ade post gambar dia .. comel tak? huhuhu
aku ni dah berapa hari da selsema + batuk … tapi akhirnya semalam aku telah dipaksa dan memaksa oleh sayang aku tu untuk pergi klinik. aahahahah … dia pon dipaksa oleh aku tuk sama2 pergi klinik dan akhirnya sama2 diberi ubat. tapi ubat dia lagi banyak dari aku!!! aku ade 4 ubat dia ada 5 ubat .. ekekekeek
haa lagi satu .. aku ade pasang balik wimpy player kat tepi blog aku ni .. nampak tak kat sidebar tu? aku dah upload beberapa mp3 kegemaran aku skang ni .. nanti kalo dah dekat2 raya nanti aku upload lagu2 raya plak tuk memeriahkan lagi suasana di hari raya anda. eh .. puasa dah dekatttt .. woooo .. teringat balik zaman2 meniaga dulu. hahah …
korang tau dulu aku meniaga masa bulan puasa kan? pada yang taktau tu .. meh aku cite sket. dulu sejak dari zaman aku sekolah lagi .. setiap kali bulan puasa aku akan membantu keluarga aku meniaga di depan pasar raya taman tun. kitorang meniaga juadah berbuka. nasik putih dengan berbelas2 lauk pauk dan jugak berbelas jenis kuih muih. penat woo meniaga bulan puasa tapi keseronokan meniaga tu sangat terasa. macam macam dugaan!! hahahaha … dari pagi buat kuih sampai la waktu berbuka lepas waktu maghrib di tepi jalan je. kenangan kenangan. kadang2 aku bawak lauk2 dan kuih2 banyak2 pegi @ttic pastu berbuka sama nain, ajak, supik ngan ramai lagi la.
tapi tu la .. sume tinggal kenangan. masuk tahun ni dah masuk tahun kedua kami berhenti meniaga. tak larat da. sejak mama operate kaki kiri dia kami dah berhenti meniaga. aku ngan eddy pon dah dapat kerja yang stabil. takkan aku lupakan kenangan2 meniaga ni sebab dengan meniaga ni la aku jadik diri aku sekarang.
sempena bulan puasa yang hampir tiba ni .. aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia dan kepada sayang saya yg tgh sibuk buat lab report kot .. saya nak ucapkan “selamat berpuasa sayang!! i love u~” ecewah .. jiwang karat plak rasa … suka hati aku laaaa!! korang sebok pasal!! ahahahahahah … adios~


