beyond infinity
in the mind of an addicted child on the land of encrypted world
August 26th, 2008 at 10:41 pm
Posted By: ejai
Posted in: :: life ::, :: politic ::

haa .. kan aku dah cakap .. kompem anwar ibrahim menang .. tu la korang tanak caye .. sedangkan letak wan azizah pon bole menang inikan pulak anwar sendiri yg bertanding .. ekekekek



August 22nd, 2008 at 5:17 pm

huhu .. tup-tup pejam celik pejam celik tautau dah hari jumaat pukul 5.05 petang. hahah .. dah abes waktu keje ghupenyer .. haha .. masa untuk update blog :) hmm … aku pon membelek2 surat khabar harian metro yang dibawa dan ditinggalkan dalam bilik aku .. tadi nain ade tunjuk pasal laporan konsert rock rohani .. jom kita lawat http://www.hmetro.com.my

Irama rock juga mempunyai pelbagai pendekatan bagi menarik pelbagai generasi pendengar. Selain penampilan penyanyi atau kumpulan lebih sopan dan kemas, lirik lagu juga berkonsepkan keagamaan dan padat dengan mesej tersendiri turut menjadi santapan pendengar.

Bertepatan dengan kemunculan album, Rock Rohani terbitan Karya Hadani Sdn Bhd yang diilhamkan oleh Penasihat dan Penaungnya, ustaz Harun Mat Saat membuka satu lagi lembaran baru dalam dunia muzik rock tanah air.

Album yang mengetengahkan konsep pop dan rock dengan lirik-lirik berunsur nasihat dan keagamaan sesuai oleh semua generasi.

Album yang mengandungi 10 lagu yang kebanyakan dihasilkan oleh penaungnya disampaikan oleh beberapa penyanyi yang cukup popular sekitar 80-an dan 90-an antaranya Yantzen, Razak Ahmad, Ezam selain ustaz Harun yang turut menyanyi beberapa lagu.

Di samping khidmat pengarah muzik serta pemain keyboard, Md Shaharil Shamsuddin album berkenaan turut mengundang beberapa pemuzik handalan seperti Mohd Rauh sebagai pemain bass, Mohd Nizam Salleh (gitar), Ujang Exist (dram), Hamzah Hashim, Uda Radzi, dan Boy Razali (seruling).

Antara lagu dalam album berkenaan ialah Zat Ilahi nyanyian Ezam dan Yantzen, Suara (Ezam), Keindahan Cinta Suci (Yantzen), Semangat Juang Seorang Isteri (Razak Ahmad), Cinta Ilahi (Karya), Kaulah Pujaan (ustaz Harun), Keinsafan (Razak Ahmad/ Yantzen/ Ezam), Pesanan Untuk Ibu (Razak Ahmad), Kasih Suci (Karya) dan lagu berunsur nasihat mengenai anak, Manis (Ezam).

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nizam Mohd Salleh berkata kemunculan album itu bukan untuk menyaingi mana-mana pihak dan tidak meletakkan sasaran penjualan memandangkan pasaran album yang tidak menentu.

Sebaliknya penjualan album berkenaan hanya dikalangan ahli mereka.

“Album ini dihasilkan atas cetusan dan lirik yang disumbangkan oleh ustaz Harun. Objektif utama kami menghasilkan album ini untuk menampilkan kelainan dari segi lirik lagu dengan genre rock dengan kandungan liriknya kepada unsur nasihat dan rohani. Setakat ini ia tidak dijual di pasaran biasa sebaliknya diedarkan khusus kepada ahlinya.

“Kalau diikutkan ini album kedua dihasilkan oleh pihak kami selepas Destinasi Abadi yang juga mempunyai konsep yang hampir serupa. Malah permintaan terhadap album pertama itu mendorong kami untuk menghasilkan album ini. Jika tiada aral, kami juga sedang memikirkan untuk menghasilkan album dengan konsert berbeza pada masa akan datang,” katanya.

Mohd Nizam yang turut dikenali dengan gelaran Stone pernah menganggotai kumpulan Barongan menyifatkan kemunculan album berkenaan dapat memeriahkan lagi arena seni tanah air.

Dia ditemui pada majlis sidang akhbar dan memperkenalkan pejabat dan studio bernilai lebih RM1.5 juta di Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.

Sementara itu, Penasihat dan Penaungnya, ustaz Harun Mat Saat menyifatkan seni sebagai satu platform atau penyampaian terbaik malah lagu berunsur nasihat, tauhid, moral dan ketuhanan dimuatkan dalam setiap lagu dalam album berkenaan.

“Kami tidak meletakkan sasaran meraih keuntungan menerusi penghasilan album ini. Sebagai penulis lirik saya berharap mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu itu boleh diterima oleh masyarakat.

“Jika tiada aral, kami akan mengadakan Konsert Amal serta pelancaran album Rock Rohani di Kota Bharu, Kelantan Oktober nanti,” katanya.

Ustaz Harun yang juga Penaung Kelab Taqwa Malaysia dan Persatuan Ekonomi Kebajikan Rakyat Malaysia menyifatkan kebolehan menulis lirik adalah kerana minat yang mendalam dalam bidang muzik selain anugerah daripada yang Maha Esa.

huhuhu .. walaupon bermacam2 fitnah dan cerita2 buruk dilemparkan pihak yang berkenaan, tapi kami tetap bergerak dengan laju. MAJU KTM dan DINA. kami sentiasa menyokong anda 100%. Teruskan perjuangan anda :)

skang mari kita menggodek utusan malaysia online plak … sedang dok godek2 utusan malaysia online tu ternampak tajuk yang agak menarik .. huhuu

PM tak puas hati

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.

Perdana Menteri yang meninjau kemudahan pengangkutan awam itu hari ini dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT) telah mendengar sendiri rungutan dan masalah orang ramai yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu.

Daripada situ katanya, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.

“Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sistem.

“Ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki,” katanya kepada Bernama di stesen LRT Masjid Jamek.

Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.

Perdana Menteri, yang tidak diiringi mana-mana pegawai daripada dua perkhidmatan rel berkenaan, tiba di stesen Komuter KTM Serdang pada pukul 8.15 pagi tetapi tidak dapat menaiki tren yang tiba pada waktu itu kerana terlalu sesak.

Beliau menaiki tren seterusnya yang tiba 15 minit kemudian untuk menuju ke KL Sentral, hab pengangkutan moden bagi pelbagai perkhidmatan rel.

Di situ, Abdullah juga terpaksa menunggu seketika bagi menukar kepada perkhidmatan LRT Putra untuk ke stesen Masjid Jamek kerana tren yang pertama tiba juga penuh.

Dalam kedua-dua tren yang dinaikinya itu, Perdana Menteri yang berbaju batik warna merah bercorak keemasan, terpaksa berdiri walaupun ada penumpang yang menawarkan tempat duduk kepada beliau.

Setiba di stesen Masjid Jamek pada 9.15 pagi, Abdullah berbual-bual dengan orang ramai. Sebelum beredar, beliau sempat membeli beberapa jenis kuih daripada penjual di situ.

Perdana Menteri berkata beliau akan memberi perhatian kepada usaha memastikan mutu perkhidmatan kedua-dua sistem rel itu diperbaiki.

Katanya jadual waktu yang tidak tepat dan sikap penumpang yang berebut-rebut memasuki tren juga menimbulkan masalah kepada penumpang lain.

“Saya dapati memang tren-tren ini cukup sesak dengan penumpang, ada yang tunggu sampai tiga tren tak dapat naik, dan ada yang memintas dan mengetepikan orang tua.

“Saya mahu mesti ada perubahan dalam hal ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, langkah segera yang akan diambil termasuk memantapkan sistem jadual perjalanan dan sistem beratur, serta perhatian diberi kepada warga tua dan wanita yang membawa anak.

“Banyak lagi pandangan penumpang yang diberi kepada saya untuk diambil perhatian. Saya akan usahakan untuk memperbaikinya, saya akan cadangkan perubahan-perubahan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya sudah lama menyedari masalah kekurangan kapasiti tren LRT dan pada 2006 telah menempah sebanyak 22 tren empat gerabak yang dijangka memasuki operasi pada akhir 2009.

– Bernama

woot .. hahah .. paklah naik rel macam orang2 biasa .. sekali seumur hidup. hmmm .. time2 nak dekat pilihanraya ni la walaupon pilihanraya kecil baru la nampak orang2 besar yang duduk di kayangan nak hinggap ke atas tanah tu merasa sekejap hidup di atas tanah .. elok la kalau paklah rase tak puas hati sebab rakyat jelata yang duduk di atas tanah ni dah lama tak puas hati. kalau betul ucapan beliau nak menaiktaraf pengangkutan awam tu elok sangat la. jangan la hanya diucap untuk menyedapkan halwa telinga ketika nak dekat2 pilihanraya. pastu habuk pon tarak. marila kita tengok dan lihat sebab dulu waktu kenaikan minyak yang rm0.30 sen tu bertujuan tuk menaiktaraf pengangkutan awam, tapi masih berabuk jek aku tengok sume2 .. tade pon naik taraf .. nasib baik aku sentiasa naik kenderaan sendiri .. tapi bila minyak naik, tersedak jugak la nak bergerak tu .. hahaha

haa .. ye tak ye … epl pon dah mula .. rasenyer aku masih tak bikin lagi team tuk EPL yahoo fantasy football kat http://uk.premiership.fantasysports.yahoo.com. hmmm selalu time2 ni mossad dah menggelabah dah ajak join league dia .. tapi kalini senyap plak .. mane la dia pegi agaknye .. takpe2 .. aku buat dulu team .. nanti ada la dia ajak join dia nye league tu.

ape le agaknyer perancangan aku esok ek? nak pi jalan2 rasenyer macam takde jek sebab muNe agak sibuk ngan aktiviti dia .. nak pi jalan2 sorang macam tak seronot jek .. hmm .. nampaknyer macam dok rumah tido jek jawapnyer ni .. ekekekek ..

wokeyla .. sampai disini saja aku melalut kalini .. adios amigos~



August 19th, 2008 at 4:51 pm
Posted By: ejai
Posted in: :: life ::, :: politic ::
POSTER 1

POSTER 1

POSTER 2

POSTER 2

POSTER 3

POSTER 3

POSTER 4

POSTER 4

POSTER 5

POSTER 5



August 18th, 2008 at 7:52 pm
Posted By: ejai
Posted in: :: life ::, :: politic ::

Sumber = Harakahdaily.net


Intan Abdullah & Mohd Nor Yahya
Sat | Aug 16, 08 | 12:39:28 pm MYT

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.

Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.

Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.

Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.

“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.

“Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

“Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

“Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-

Hmmm … teruk betul politik malaysia .. sanggup mengenepikan agama dan maruah demi pangkat dan wang ringgit.