beyond infinity » islam
Puasa 9 dan 10 Muharram
Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa  pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan  hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang  tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala  disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Di  antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah  menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya  serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan  keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan  tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel  setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman  Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang  Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan  melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir  tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya,  bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku  adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. – Surah  Yunus, ayat 90.
Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa  ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud :  Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w  tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari  Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari  ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi  Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk  berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu  Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa  dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya  berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu  Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.
Di  dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani  Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa  dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung,  perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah  satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.
Manakala  peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan  Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin  Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang  seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk  merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di  Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.
Peristiwa lain  yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh  as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.  Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda  kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,  www.islamonline.net
Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura  ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan  beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :
1. Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang  paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada  pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling  afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan  Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim,  Ahmad dan Abu Daud.
2. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa  dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan  tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka  barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang  ingin berbuka, berbukalah.”
3. Daripada Aisyah RA berkata,  “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum  Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa  padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan  memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan,  baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan.  Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih
4. Daripada Ibnu Abbas RA berkata :  Nabi SAW memasuki Madinah dan  melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya,  “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah  menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka,  lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak  terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan  memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih
5.  Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang  dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW  berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih
6.  Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada  hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka  berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi  dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya  Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun  hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim  dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW :  “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada  hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.
Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama  mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di  dalam tiga kaedah:
1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.
Seandainya  timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa  pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya,  “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan  Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram  bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah  terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di  dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang  demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram  dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. –  Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net
Manakala  kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang  bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya  serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya  sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu  Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan  kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan  sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang  kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.
Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura  adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW . Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS  dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun  dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai  sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan  program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih  dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan  di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini  datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah  kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan.
Wallahu’alam.
dipetik dari : http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1198
Menarik sungguh artikel ini. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan pengalaman untuk masa akan datang.
nota kaki : 10 muharram ni genaplah 2 tahun hijrah arwah ayahku Alias bun Harun meninggalkan dunia yg fana ini. semoga rohnya sentiasa ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN – semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar, setiap  hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon  tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari  hati kita selama ini.
Marilah kita mula  menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan  rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli  (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri  kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah  membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu  beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah  permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah  diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah  dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang  kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup  Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara  sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii  (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii  (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii  (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii  (maafkan aku)
Setelah selesai,  diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya  nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
Credits to : abg zam
merokok
salam,
sempena maal hijrah kali ni aku nak wat sikit posting khutbah untuk kebaikan semua   tajuk nye adelah merokok. dalam sedar atau tidak perokok di negara kita semakin bertambah dan kebanyakan budak sekolah pon da pandai merokok. aku tak nafikan aku pon sama tapi alhamdulillah aku berjaya berhenti merokok 3 tahun lepas. antara sebabnye? mune dan kesihatan
memula sekali kite tgk fakta pasal rokok ye ..
Sebatang rokok mengandungi:
Ammonia – bahan pencuci lantai
Aseton: bahan penanggal cat
Arsenik: Racun anai-anai
Toluidine, Urethane, Toluena: bahan pelarut
Dibenzacridine, Fenol, Butana: bahan api pemetik api
Karbon Monoksida: gas beracun ekzos kereta
Polonium-210, DDT: racun makhluk perosak
Maetanol: bahan api roket
Kadmium: bahan dalam bateri kereta
Naftalena: ubat gegat.
serta 4000 bahan beracun terkandung dalam sebatang rokok.
tu dia … macam2 bende x sihat ade. lagi sekali aku bersyukur yg aku da berhenti merokok. merokok ni bole menyebabkan macam2 penyakit tapi yg aku pelik perokok2 ni semua langsung buat pekak jek. sedap sangat rokok tu sampai kalo mati pon mati la kan?? kekeke ..
jom kita tgk beza video beza paru2 perokok ngan paru2 orang x merokok
<object width="425" height="355"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/2glFau9ORAY&rel=0&color1=0xd6d6d6&color2=0xf0f0f0"></param><param name="wmode" value="transparent"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/2glFau9ORAY&rel=0&color1=0xd6d6d6&color2=0xf0f0f0" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" width="425" height="355"></object>
dari sini kita dapat nampak cmne la orang2 yg isap rokok ni nak bernapas kalo paru da jadik camtu…
lagi satu yg tak elok pasal merokok ni adalah sampah!! mereka akan campak puntung rokok tu merata2 suka hati mak bapak diorang. tepi2 jalan raya mmg bersepahlaaaaa dgn putung rokok yg dibuang merata2. bongok betul. dah la buat kawasan jadik busuk pastu kotorkan alam sekitar.
dan terkahir sekali …. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995) telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM. perokok2 sekelian da lupa ke??? atau buat2 lupa?? atau perokok2 semua ni lagi pandai daripada ulamak2 di majlis fatwa kebangsaan malaysia tu?? atau perokok2 ni semua pikir diorang bukan agama islam??? haihh …
heheh .. banyak lagi nak bebel ni sebenarnye tapi cam takpe .. nnt kita post lagi kan?? orait .. renung2kan la dan selamat beramal